top of page
photo_2020-07-15_01-02-18.jpg

LEMANG

LISON, ORAD 

Adakah anda tahu, di dalam sebatang lemang, jumlah tenaga yang terkandung di dalamnya dianggarkan sebanyak 3,778 kalori dan lemang juga tidak mengandungi dietari fiber. Selain itu,di dalam sebatang lemang, terdapat vitamin A yang bagus untuk tumbesaran, kalsium yang memberikan kekuatan kepada tulang dan zat besi yang bertindak sebagai bahan yang memproses protein di dalam badan kita.

Lemang lebih dianggap sebagai makanan yang melambangkan kemeriahan dan hubungan silaturahim antara sesama manusia. Ini kerana lemang bukanlah makanan biasa yang mudah untuk di masak ia memerlukan teknik dan cara yang tepat. Oleh itu, sifat tolong-menolong sesama kita haruslah ada untuk mendapatkan rasa dan tekstur yang memuaskan.

Lemang mempunyai empat jenis, antaranya Lemang Biasa, Lemang Periuk Kera, Lemang Pulut Hitam dan Lemang Jagung.

1. Lemang Periuk Kera ini  akan dimasak dalam kelongsong periuk kera dan jenis lemang ini dikatakan  lebih enak berbanding lemang buluh dan ketupat menggunakan daun palas.

屏幕快照 2020-07-15 上午1.07.24.png

2. Lemang Pulut Hitam ini sebenarnya mempunyai resepi yang sama dengan lemang biasa, perbezaannya ialah jenis beras pulut yang digunakan ialah beras pulut hitam. Apabila dimasak, warna lemang akan menjadi hitam tetapi rasanya tidak lah begitu ketara dengan rasa lemang yang biasa.

屏幕快照 2020-07-15 上午1.08.05.png

3. Lemang JagungLemang jagung menggunakan bahan yang sama seperti lemang biasa,  perbezaannya ialah tambahan jagung yang menambahkan rasa manis di dalam lemang. Warna dan tekstur lemang juga akan kelihatan sedikit berbeza kerana beras pulut dicampur dengan jagung. Selain jagung, anda juga boleh menggantikan jagung dengan bahan lain mengikut kesukaan anda, contohnya seperti durian atau nanas.

屏幕快照 2020-07-15 上午1.08.09.png

Lemang boleh dinikmati bersama-sama hidangan sampingan lain seperti rendang, kuah kacang, ayam masak merah, lodeh, serunding dan macam-macam lagi! Lemang sama seperti nasi, anda boleh menikmatinya dengan pelbagai jenis lauk dan ia juga mengenyangkan kerana lemang diperbuat daripada beras pulut yang mengandungi kandungan kabohidrat yang tinggi. Marilah bersama-sama menikmati lemang yang sedap ini di BUNG ORAD.

WhatsApp Image 2020-07-01 at 1.35.16 PM.
photo_2020-07-27_15-45-32.jpg
photo_2020-07-27_15-49-18.jpg
photo_2020-07-27_15-45-28.jpg
photo_2020-07-27_15-49-15.jpg

TEL 019- 794 5021 / 0111- 401 4151

ADDRESS No. 620 Jalan Bau/Lundu, Batu21/2,

Kampung Grogo Bau, 94000 Sarawak

Lemang Lison Orad

bottom of page